[Artikel] Sejarah Ideologi


IDEOLOGI

Ideologi ialah satu bentuk falsafah sosial atau politik yang mana elemen praktikal tidak kalah pentingnya daripada elemen teori. Ia juga merupakan satu sistem idea yang berhasrat untuk menerangkan perihal dunia dan formula perubahan.

ASAL-USUL

Perkataan ideologi ini berasal daripada bahasa Perancis “idéologie”. Ianya muncul buat pertama kalinya semasa revolusi Perancis meletus, ketika itu diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah bernama A.-L.-C. Destutt de Tracy (1754 -1836), yang mana “ideologi” ini adalah nama pendek bagi istilah yang beliau namakannya sebagai “sains idea”. Beliau membuat pengakuan bahawa perkataan ini telah diadaptasi daripada satu pandangan epistemologi ahli falsafah John Locke (1632 - 1704) dan Étienne Bonnot de Condillac (1714-1780) yang mengatakan bahawa, ”setiap ilmu pengetahuan manusia adalah ilmu idea”.

Meskipun ahli falsafah Perancis yang mendominasi aliran pemikiran pada era pencerahan ketika itu, hakikatnya beliau lebih terhutang budi kepada ahli falsafah Inggeris Francis Bacon kerana beliaulah yang telah menyatakan bahawa tujuan sains bukanlah hanya untuk memperluaskan ilmu pengetahuan manusia tetapi juga untuk ‘memperbaiki kehidupan manusia itu sendiri di atas muka bumi’. Ikatan intelektual inilah yang ada pada idéologie Destutt de Tracy yang membezakannya dengan ideologi-ideologi, sistem-sistem dan falsafah-falsafah yang lain. 


Sains idea adalah sains yang mempunyai misi; ia bermatlamat untuk memberi khidmat kepada manusia bahkan menyelamatkan mereka, dengan cara memandu minda-minda prejudis mereka dan mempersiapkan mereka demi mendaulatkan akal fikiran yang sihat. Destutt de Tracy dan rakan idéologues-nya telah mencipta sebuah sistem pendidikan nasional yang mereka percayai boleh mentransformasi negara Perancis kepada masyarakat yang berminda rasional dan saintifik. Pendidikan mereka menggabungkan antara kepercayaan utuh terhadap kemerdekaan individu serta perancangan pembangunan sebuah negara, untuk masa yang singkat pendidikan ini menjadi doktrin rasmi di Republik Perancis (French Directory 1795–99). Napoleon pada awalnya menyokong Destutt de Tracy dan rakan-rakannya akan tetapi tidak lama selepas itu beliau berdiri melawan mereka, bahkan lebih daripada itu pada Disember 1812 beliau menunding jari pada pengaruh ideologi itu sebagai penyebab kekalahan-kekalahan yang ditimpa oleh tentara-tentara Perancis.

Ada sebahagian ahli sejarah falsafah telah menamakan kurun ke-19 itu sebagai “era ideologi”, bukan sahaja istilah ideologi itu telah digunakan secara meluas, tetapi terlalu banyak aliran pemikiran yang lahir ketika itu yang boleh membezakan dari pemikiran-pemikiran kurun yang sebelumnya melalui karakteristik-karakteristik tertentu yang mampu menjadikannya sebagai suatu perkara yang ideologikal. Meskipun begitu, di sana terdapat batas bagi penggunaan perkataan tersebut. Topik berkenaan ideologi adalah hal yang sangat kontroversi dan sebahagian daripada kontroversi ini datangnya daripada masalah pendefinisian perkataan ideologi itu sendiri. Walaubagaimanapun, definisi ideologi boleh diertikan dengan dua pendekatan iaitu longgar dan tepat. Pendefinisian, definisi ideologi longgar yang dimaksudkan di sini adalah apa jua jenis teori yang action-oriented  'berorientasi pada tindakan' atau apa-apa usaha untuk memasuki arena politik dengan kesedaran daripada “sistem idea”. Pengertian kepada ideologi tepat pula ialah berdasarkan konsep asal sains idea milik Destutt de Tracy di mana tidak ada ruang untuk nyatakan di sini.

Jadi pelbagai ideologi yang telah wujud dan berkembang seperti positivisme, komunisme, sosialisme, fasisme, nazisme, dan segala jenis nasionalism yang lainnya dan semua “Isme” yang ada pada kurun ke-19 dan 20 ini boleh dikatakan bahawa  “ideologi” adalah sesuatu yang masih baru dalam sejarah peradaban manusia. Akhirnya, boleh dirumuskan di sini bahawa semua ideologi ini adalah kepunyaan mutlak suatu zaman di mana kepercayaan sekular datang secara meluas bagi menggantikan kepercayaan agama dan tradisinya yang sudah lama.



Oleh:
Wasim Akram,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.







step4
step4

Previous
Next Post »

DROP YOUR QUESTION OR RESPOND HERE
EmoticonEmoticon