Ibrah Abraham sebagai sebuah Harapan
Tidak boleh tidak, peranan pemuda dalam melakar agenda dan masa hadapan Negara amat penting sekali. Terdapat sebuah pepatah yang amat terkenal menyatakan:
“Sekiranya kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah kepada para pemudanya.”
Di tambah lagi,
“Berikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan aku guncangkan dunia!”- Presiden Soekarno
Pidato ini diilhamkan pasca status Indonesia sebagai sebuah Negara Republik yang merdeka pada 17 Ogos 1945. Berdasarkan pepatah itu, sebenarnya telah banyak magnum opus dan makalah yang lahir berinspirasikan pemuda. Antaranya “Risalah Pemuda” oleh Dr. Maszlee Malik, “Sumpah Pemuda” oleh Keith Foulcher dan banyak lagi. Hasil hemat saya terhadap karya-karya para sarjana dan ilmuwan ini, hampir keseluruhannya menyentuh kepada PERI PENTINGNYA PEMUDA dalam mencorakkan masa hadapan sesebuah negara.
Sebaiknya, kita memberi takrif ataupun definisi kepada pemuda. Definisi yang berbeza ditunjukkan oleh al-Quran. Dalam kaedah Qurani, pemuda disamaertikan sebagai “asy-syabab”. Menurut Princeton, pemuda (youth) dalam kamus Webstersnya sebagai:
Dari sini, saya ingin sekali mengajak para pencinta pemuda dan pemuda sendiri untuk kita mengimbas sejarah dan ibrah perjuangan susuk pemuda yang terkenal, iaitu Abraham. Abraham atau Nabi Ibrahim AS terkenal dengan keberanian, hikmah, dan kebijakannya dalam menghadapi para penyembah berhala tegar. Ini dirakamkan dalam firman-Nya:-
“Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Quran, sesungguhnya dia seseorang yang sangat mencintai kebenaran dan seorang Nabi.” [Surah Maryam: 41]
Kebenaran dalam mafhum-Nya ini merujuk kepada ketegasan Abraham membenarkan semua hal ghaib yang datang dari Allah. Walaupun beliau hidup di fatrah kebobrokan dan kebodohan yang mana bapanya sendiri sebagai pencipta berhala, namun Abraham tetap dengan pendiriannya, malahan dengan penuh hikmah pula menyeru untuk menyembah Allah yang satu.
Ingatlah ketika dia (Abraham) berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat, dan tidak dapat menolongmu walau sedikitpun?"
Seruan itu diteruskan,
"Wahai ayahku! Sungguh telah sampai kepadaku sebahagian ilmu yang tidak diberikan kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya akan aku tunjukimu jalan yang lurus.
Wahai ayahku! Janganlah engkau menyembah syaitan. Sungguh, syaitan itu durhaka kepada Tuhan Yang MahaPengasih.
Wahai ayahku! Aku sungguh khawatir engkau akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga engkau menjadi teman bagi syaitan.”
[Surah Maryam: 43-45]
Walaupun ajakan ini diakhiri dengan tolakan, tetapi usahanya amat wajar ditanamkan ke dalam diri kita. Ibrah dari kisah ini, saya menyimpulkan ia khusus buat para pemuda kepada tiga (3) kesimpulan, iaitu pemuda seharusnya:
[1] Tegas dengan pendirian bersandarkan ilmu.
Setiap dari pemuda harus mempunyai pendirian, dan pendirian itu mestilah bersandarkan ilmu yang asas iaitu ajaran wahyu; itulah al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini demikian kerana di dalam al-Quran dan as-Sunnah, terdapatnya ilmu-ilmu dari perspektif tauhid, sejarah, sains dan lain-lain.
[2] Berhikmah walaupun terhadap musuh Allah.
Walau terhadap sesiapa pun, kita perlu belajar untuk berhikmah. Hikmah di sini bermakna menyesuaikan tindakan berdasarkan ilmu dan akhlak selari dengan keadaan, agar segala natijahnya diperolehi dengan baik. Ini amat penting kerana ia akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada orang yang disantuni. Di dalam makalah “Civilization of Faith” oleh Dr. Mustafa As-Sibaie, hikmah ini dirakamkan di dalam “Our Etiquette in War” dengan memaparkan akhlak Salahuddin Al-Ayubi ketika menakluki Palestin. Salahuddin Al-Ayubi tidak membalas kekejaman itu dengan kekejaman, tetapi memilih untuk membalasnya dengan jaminan keselamatan.
[3] Tetaplah berusaha.
Walau apapun kesukaran yang telah kita lalui untuk memperjuangkan sesuatu, ia wajib diteruskan tatkala lemah mahupun kuat. Frasa “putus asa” tidak pernah wujud di dalam kamus seorang pemuda yang ingin mencipta harapan, dan menjadi sebahagian daripada harapan.
Di akhir coretan ini, saya menyeru agar para pemuda, terutamanya para mahasiswa Mesir untuk menjadikan ibrah Abraham sebagai sebuah kisah untuk pedoman peribadi. Dengan itu, semoga setiap daripada kita mampu melakukan “anjakan paradigma” dalam mengislah diri kepada tahapan yang lebih baik sebagai hamba Allah, anak yang soleh kepada ibu bapa, mahasiswa dan seterusnya sebagai harapan untuk negara yang tercinta.
Fakir ilallah,
Shah Redza Rosli
17 Januari 2016
Hayyi ‘Asyir, Kaherah.

“The time of life between childhood and maturity; early maturity; the state of being young or immature or inexperienced; the freshness and vitality characteristic of a young person”.Dalam bahasa yang senang difahami dalam julat angka, pemuda (syabab) adalah mereka yang terdiri daripada umur 13 - 35 tahun, menghadapi perubahan sosial dari segi emosi, fizikal dan pemikirannya menuju ke arah kematangan (maturity).
Dari sini, saya ingin sekali mengajak para pencinta pemuda dan pemuda sendiri untuk kita mengimbas sejarah dan ibrah perjuangan susuk pemuda yang terkenal, iaitu Abraham. Abraham atau Nabi Ibrahim AS terkenal dengan keberanian, hikmah, dan kebijakannya dalam menghadapi para penyembah berhala tegar. Ini dirakamkan dalam firman-Nya:-
“Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Quran, sesungguhnya dia seseorang yang sangat mencintai kebenaran dan seorang Nabi.” [Surah Maryam: 41]
Kebenaran dalam mafhum-Nya ini merujuk kepada ketegasan Abraham membenarkan semua hal ghaib yang datang dari Allah. Walaupun beliau hidup di fatrah kebobrokan dan kebodohan yang mana bapanya sendiri sebagai pencipta berhala, namun Abraham tetap dengan pendiriannya, malahan dengan penuh hikmah pula menyeru untuk menyembah Allah yang satu.
Ingatlah ketika dia (Abraham) berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat, dan tidak dapat menolongmu walau sedikitpun?"
Seruan itu diteruskan,
"Wahai ayahku! Sungguh telah sampai kepadaku sebahagian ilmu yang tidak diberikan kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya akan aku tunjukimu jalan yang lurus.
Wahai ayahku! Janganlah engkau menyembah syaitan. Sungguh, syaitan itu durhaka kepada Tuhan Yang MahaPengasih.
Wahai ayahku! Aku sungguh khawatir engkau akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga engkau menjadi teman bagi syaitan.”
[Surah Maryam: 43-45]
Walaupun ajakan ini diakhiri dengan tolakan, tetapi usahanya amat wajar ditanamkan ke dalam diri kita. Ibrah dari kisah ini, saya menyimpulkan ia khusus buat para pemuda kepada tiga (3) kesimpulan, iaitu pemuda seharusnya:
[1] Tegas dengan pendirian bersandarkan ilmu.
Setiap dari pemuda harus mempunyai pendirian, dan pendirian itu mestilah bersandarkan ilmu yang asas iaitu ajaran wahyu; itulah al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini demikian kerana di dalam al-Quran dan as-Sunnah, terdapatnya ilmu-ilmu dari perspektif tauhid, sejarah, sains dan lain-lain.
[2] Berhikmah walaupun terhadap musuh Allah.
Walau terhadap sesiapa pun, kita perlu belajar untuk berhikmah. Hikmah di sini bermakna menyesuaikan tindakan berdasarkan ilmu dan akhlak selari dengan keadaan, agar segala natijahnya diperolehi dengan baik. Ini amat penting kerana ia akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada orang yang disantuni. Di dalam makalah “Civilization of Faith” oleh Dr. Mustafa As-Sibaie, hikmah ini dirakamkan di dalam “Our Etiquette in War” dengan memaparkan akhlak Salahuddin Al-Ayubi ketika menakluki Palestin. Salahuddin Al-Ayubi tidak membalas kekejaman itu dengan kekejaman, tetapi memilih untuk membalasnya dengan jaminan keselamatan.
[3] Tetaplah berusaha.
Walau apapun kesukaran yang telah kita lalui untuk memperjuangkan sesuatu, ia wajib diteruskan tatkala lemah mahupun kuat. Frasa “putus asa” tidak pernah wujud di dalam kamus seorang pemuda yang ingin mencipta harapan, dan menjadi sebahagian daripada harapan.
Di akhir coretan ini, saya menyeru agar para pemuda, terutamanya para mahasiswa Mesir untuk menjadikan ibrah Abraham sebagai sebuah kisah untuk pedoman peribadi. Dengan itu, semoga setiap daripada kita mampu melakukan “anjakan paradigma” dalam mengislah diri kepada tahapan yang lebih baik sebagai hamba Allah, anak yang soleh kepada ibu bapa, mahasiswa dan seterusnya sebagai harapan untuk negara yang tercinta.
Fakir ilallah,
Shah Redza Rosli
17 Januari 2016
Hayyi ‘Asyir, Kaherah.
DROP YOUR QUESTION OR RESPOND HERE
EmoticonEmoticon