Mahasiswa menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi ke-4 bererti penuntut (pelajar) di universiti. Namun jika diteliti secara harfiah, sebenarnya perkataan mahasiswa terdiri daripada dua suku kata. 'Maha' yang membawa maksud besar dan berkuasa, dan 'siswa' yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.
Hasil sintesis kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka.
Mari kita lihat lihat pendefinisian mahasiswa menurut beberapa orang tokoh ilmuan;
- Dr. Zuhdi bin Marzuki [Univ. Malaya, 2001] – suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.
- Knopfemacher [Suwono, 1978] – insan-insan calon sarjana yang dalam keterlibatannya dengan pengajian tinggi, dididik dan di harapkan menjadi calon – calon intelektual.
- Sarwono [1978] – setiap orang yang secara rasmi terdaftar untuk mengikuti pelajaran di pengajian tinggi dengan batas usia sekitar 18 – 30 tahun.
Siapakah Mahasiswa? Apakah peranannya?
Iron Stock
Mereka yang bergelar mahasiswa adalah calon pimpinan di masa hadapan, dengan kata lain mereka adalah modal insan yang menjadi generasi penerus untuk memimpin sesuatu bangsa.
Agent Of Change
Menjadikan ar-Rasul sebagai ikutan, sekiranya terdapat sesuatu perubahan dalam masyarakat yang menyalahi kehidupan bermasyarakat serta tuntutan-Nya, dengan kekuatan intelektual yang ada, maka mahasiswa dituntut untuk mengislahkannya sehingga menjadi perubahan positif.
Social Control
Kehidupan mahasiswa itu bukan hanya terhad di kampus atau di kuliah semata-mata. Kemampuan untuk berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling sangatlah dituntut supaya sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Amat malang jika kehidupan seseorang mahasiswa itu seperti kera sumbang.
Moral Force
Menjadi salah satu kewajiban bagi mahasiswa untuk mengekalkan nilai-nilai murni dan moral yang ada dalam masyarakat. Sekiranya berlaku hal-hal yang tidak bermoral dalam masyarakat, mahasiswa berperanan besar untuk mengubah serta meluruskan kembali sesuai dengan apa yang diharapkan.
Tuntasnya itulah definisi dan juga pengertian lengkap yang ada pada perkataan mahasiswa. Persoalan di sini, adakah kita(mahasiswa) seperti yang dinyatakan di atas? Moga-moga kita bukanlah mahasiswa yang sekadar membelek buku atau menggalas beg semata-mata. Ayuh jadikan Negara Rahmah itu satu realiti! Harapan pada Negara Rahmah: MAHASISWA
Dengarkan penjelasan lanjut di STEP 4 pada 11 Mac ini.
Rujukan:
1. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mahasiswa
2. http://www.pengertianku.net/…/kenali-pengertian-mahasiswa-d…
................
Ikuti perkembangan kami di pautan berikut:
Portal: http://ikrammesir.org/
Youtube: http://youtube.com/user/ikrammesir
Twitter: http://twitter.com/ikrammesir
DROP YOUR QUESTION OR RESPOND HERE
EmoticonEmoticon