Fenomena STEP "Medicine & Faith: Empowering the Muslim Doctors"


Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam.

''Apakah itu STEP?''


STEP - 'Sliding Through Experience as Professional' adalah konvensyen yang julung-julung kali diadakan dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak pertama kali diadakan pada tahun 2012.

STEP yang pertama, telah diadakan pada Jumaat 6 April 2012 di Al-Azhar Conference Centre, Mesir.


Konvensyen yang bertemakan "Medicine & Faith: Empowering the Muslim Doctors" ini mendapat sambutan yang sangat mengggalakkan dengan jumlah kehadiran lebih 1200 pelajar perubatan.


Dua penceramah dari Malaysia telah dijemput iaitu Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, pakar perunding Obstetriks dan Ginekologi UKM, dan Dr Hafidzah Hj Mustakim, doktor perubatan Klinik Perdana Islah untuk memberi motivasi dan pendedahan kepada para pelajar perubatan tentang pekerjaan sebagai doktor muslim.


STEP 2012 telah dirasmikan oleh Pengarah EME, Prof Madya Dr Hj Su’aidi Dato' Hj Safei. Majlis turut dihadiri Ustaz Abdul Haris Bain merangkap Penasihat Kelab IKRAM Mesir dan para pegawai EME. Dalam ucapan perasmiannya, Dr Su’aidi mengucapkan tahniah kepada Kelab IKRAM Mesir dan MedicMesir atas penganjuran konvensyen ini dan berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan program ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam pembangunan kendiri ke arah menjadi profesional yang cemerlang. 
Terdahulu Saudara Nik Abd Rahman Nik Mazian, pelajar Perubatan Tahun Akhir Universiti Kaherah selaku Pengarah STEP 2012 dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama semua pihak dalam memberikan pendedahan tentang realiti kehidupan seorang doktor untuk melahirkan doktor dan Muslim profesional cemerlang yang akan pulang berkhidmat di bumi tercinta Malaysia. Puan Siti Haniza Mohd Nazri selaku Ketua Eksekutif MedicMesir turut berucap dan berharap agar para pelajar dapat mengambil kesempatan menimba ilmu dan tips untuk menjadi doktor yang berjaya.




Berita lanjut di sini

step4
step4

First

DROP YOUR QUESTION OR RESPOND HERE
EmoticonEmoticon