STEP 2: When Mecca Meets Medina


TANTA, 29 Mac - Sliding Through Experience as A Professional (STEP) yang mencipta fenomena di Mesir pada tahun lepas kembali menemui mahasiswa & mahasiswi Mesir tahun ini dengan nafas baru, STEP 2: When Mecca Meets Medina, kali ini diadakan di Dewan Konvensyen, Universiti Tanta.
Pada hari pertama pendaftaran dibuka, bilangan penyertaan sudah mencecah 700. Pendaftaran terpaksa ditutup pada hari kedua ekoran penyertaan yang sangat menggalakkan dan bilangan peserta yang dihadkan berdasarkan jumlah kerusi. Ini menjadikan bilangan peserta seramai 900 orang.
Program tahunan anjuran Kelab IKRAM Mesir dengan kerjasama antara Kedutaan Besar Malaysia, Education Malaysia in Egypt dan Medic Mesir pada kali ini dikendalikan oleh Ahmad Shafiai Uda Jaafar. Beliau juga dikenali sebagai Pak Utih, yang merupakan seorang Pengarah, Helping Boys Nurturing Girls Institute, Kolej UNITI, Port Dickson dan ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif Berhad.
Pengisian berkisarkan tentang perbezaan karakter antara lelaki dan wanita, gambaran yang jelas mengenai persediaan dalam menguruskan perkahwinan semasa belajar dan juga peserta diberikan pendedahan rumahtangga muslim qudwah, ceria dan bahagia yang membentuk orientasi masyarakat.
Program STEP 2 pada tahun ini diharapkan dapat membuka mata dan minda para peserta mengenai perbezaan antara Mecca (lelaki) dan Medina (perempuan) yang seharusnya diurus dengan baik agar tidak mencetuskan apa-apa perselisihan atau konflik baik di alam universiti, pekerjaan mahupun rumah tangga kelak.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah teknikal yang mengganggu, sepanjang program sedang berlangsung. Pihak jawatankuasa pelaksana memohon maaf dan sedar atas kesilapan ini dan Insya Allah akan diperbaiki serta ditingkatkan kualitinya pada program-program yang akan datang.

 Pautan Gambar : STEP II: When Mecca Meets Medina


step4
step4

Previous
Next Post »

DROP YOUR QUESTION OR RESPOND HERE
EmoticonEmoticon